Thursday, May 26, 2011

feeling feeling tacing tacing 1

Holla Peeps!

tanggal 26hb May 2011. aku melangkah kuar dari Perkarangan Universiti Utara Malaysia (UUM) setelah 3 tahun menghabiskan masa menimba ilmu berbakul2, berbaldi2 dan bertimba2 di sini. (eh.. ak pakai bahasa agak baku la ye.. nak bagi feel sedih skit. ekekekekek~)

okeyh peeps.. ni another tacing tacing feeling feeling post by me kat blog ni setelah secara rasmi telah meninggalkan UUM terchenta itu sebagai pelajar. hehe.. pasni, pelajar practical la plak. (ok. x secara rasmi lepas dari UUM lg la.. still holding the name selama 4bulan akan datang. hahaha!) :)

tanggal err.. aku xigt la bape haribulan aku jejak kaki ke UUM tu. tapi, yang aku ingat... bulan Julai 2008. sesi 2008/2009. A081. masa tu, cam tak caye je aku dapat sambung wat Bachelor Degree. Syukur, Alhamdulillah. masa mula-mula masuh dulu, sangat excited okeyh.. semangat nak belajar bersungguh-sungguh sangat berkobar-kobar. (in fact, aku memang belajar bersungguh-sungguh tapi aku tak show je.. lalalalala~ ).
tak sangka, pejam celik, pejam celik.. da 3 tahun rupanya aku belajar kat situ. da 3 tahun rupanya aku kuar masuk UUM tu. haha! Unbelievable. sekejap je 3 tahun. masa, tak terasa berlalu. dalam masa 3 tahun tu, macam-macam suka duka, masam manis kehidupan aku lalui dengan tabah dan berjaya mengharungi sampai kini. Alhamdulillah. :) banyak kenangan yang aku kutip dan simpan dalam hati selama di sana.

lepas ni, pasti aku merindui suasana pagi di bukit kachi (kawasan Residential Hall saye okeyh..), pagi di UUM. dewan kuliah. bilik kuliah, dewan peperiksaan. bilik lecturer. semua laaaa.. hahahaha! yang paling aku akan rindui, kawan-kawan. :) diorang la harta aku paling berharga kat UUM tu especially My Gegurls semua, GBS. tanpa diorang, tak indah hidup aku kat situ. terima kasih kerana menceriakan aku selama ni. :) da tak de da berebut naik bas nak g kuliah. bangun lambat, then skip kelas. tak pun, sorang tak g, semua tak g kelas tu untuk mengelakkan kebosanan. wahahahaha! lepak-lepak kat mall. buat bising ramai-ramai. huhu..

aku akan merindui Roomate aku. waaaaaaa! roomate yang sangat memahami. roomate yang memang serasi. roomate tempat aku bercerita dan luahkan segalanya. roomate yang tengok aku menangis bila masalah jiwa-jiwa melanda diri ini. roomate yang tengok aku mengamuk marah. roomate yang tengok muka bengang aku. roomate yang sentiasa buat aku happy. roomate yang sama-sama berkongsi kegembiraan aku. for sure, aku sayang roomate aku tu. selain dari ada persamaan yang ketara antara kami, kami memahami diri masing-masing. :)

My gegurls GBS... best thing i ever had kat sana. memahami. sentiasa ada di sisi. teman suka duka. we're bestfriends. u olls are my girls. my best team ever. :) banyak da aku wat post sal GBS kn before. so tak nak cakap banyak sal GBS dalam post tacing tacing ni sbb nanti takot ad yang akan membasahkan dan sekaligus bakal merosakkan keyboard masing- masing dengan air mata. hoho.. (aku taw korang semua sensitip belaka.. wahahaha!) tapi satu je aku nak korang taw... 

"SELAMANYA AKU SAYANG KORANG KETAT-KETAT. KORANG PERKARA PALING BERHARGA UNTUK AKU. KORANG YANG TERBAIK. AKU GEMBIRA DAPAT KENAL DENGAN KORANG. AKU SAYANG KORANG LAHHHHH!!"
okeyh. sakit tekak jerit. :p 

tak lupa gak kat semua yang aku kenal sepanjang aku ada kat sana. kawan-kawan lain. aku takkan lupakan anda semua. :) walaupun dulu aku tak bape berkenan nak sambung study situ sebab tempat yang terpencil tuh. tapi aku pergi gak and Alhamdulillah.. tabah hati aku harungi 3 tahun tu. My dad masa amik aku aritu pandang UUM macam die plak yang kuar okeyh.. hahahaha! (dulu pn my dad memang suka kalau aku dapat UUM tu sbb suasana tu best die cakap. ala.. yg betul, die tak nak aku sesat mesat jadi tak tentu hala and jadi worse than sedia ada. hahahahaha!)

will miss those moment sepanjang aku bergelar pelajar. InsyaAllah, ad rezeki, sambung lagi. :) pe2 pn GUDLUCK untuk semua kawan-kawan yang akan mula Practical. to my girls GBS, practical baik-baik.. aku akan merindui korang. huhu.. 

till then, daaa~


ChocolatTeedyBear said...
Nothing.


 .: Sealed With Hugs And Kissed :.

Friday, May 20, 2011

Karaoke dan Cendol Pulut..

Holla Peeps!

hye2.. wassup?? hehe..
well, tetibe je terasa nak menaip post ni. hehe.. sebenarnye semalam ak and the Girls, GBS..Senah, Kiah n Timah. (bkn nama sebenar) kuar g Changlun nek bas free yg UUM bg tu kn.. Trimasss~~ (cehh.. cm bru dpat service ni je ckp.. padahal da lama.. wahaha!) alkisah bermula pabila aku menerima panggilan telefon dari Timah. dia hallo2 ak ajak kuar. da kiah ad kat bilik aku time tu, aku cakap nak confirm lain ngan timah nanti. aku terus tanya kiah. da kiah setuju, terus aku roger si Timah. kiteorang nak naik bas yg gerak 6.30. terus aku g mandi, siap2 semua. :D
tujuan sebenar adalah untuk teman si senah tu duplicate kunci bilik die. (ape la minah ni.. duplicate kunci cam nk dok lg je pasni.. nk wat kenangan katenye.. wahahaha! ) wat kunci tu xde la lame. xsmpai 2minit pn kot. ye2 je.. idak plak ak st timer td. haha! pastu, xtw nak wat pe dah, masuk Cmart then, discuss ke mana hala tuju. *Cmart tu xbsar pn yang.. nak ronda pn alahai.. xsmpai 15minit da abis da pusing. uhuk2..~
Timah came out with an idea.. as usual, idea dia memang leh pakai tapi masalahnya tengah pokai! huhu.. pastu, masing2 pujuk ati, kuatkan ati dan iman masing2 agar tidak tergoda dengan apa2 jua dan teguh berpegang pada pegangan masing2. Ok. kite karok tapi sorang 2 lagu je. so, sorg kuarkan RM3 je la. yeyeaayy!! finally, langkah kaki ini pn menuju ke tempat karok. hahaha!
pas je karok, kiteorang gerak g kedai Cendol. seberang jalan nun.. adehhh.. kena lintas jalan. highway tuhhh!!  aku da la takot and gerun yang amat ngan kenderaan berat dan beeeesssssaaaaarrrrr ni. =.=" treller and lori2 byak gile. ni ceq lemah gemalai ni.. tapi nasib baik la ibu ayam eh, ketua rombongan, cik timah tu ad and pakar bab2 melintas. huhu.. ok. for your information, saye memang takot melintas jalan, nak2 jalan yang buzy begini. kalau sorang2, memang tak terlintas la jalan tu. kalau boleh, tunggu sampai xdak keta langsung baru aku lintas. wahahaha! kalau nak melintas, mesti nak pegang sape2 gak. hoho.. nk wat cne, habit. :p
* Putera Katak, tolon ingat ni ye.. klau nak lintas, plisshhh hold my hand and lintas sesame ye.. euwww.. ngade! :D
lagi satu, tadi kiteorang lintas time kete berhenti traffic light kan.. tapi treller banyak. siyes. aku takut. aku memang tak suka Lori, Bas, Kontena dan yang seangkatan dengannya. aku tak suka lalu sebelah, berdiri sebelah and even dalam keta, aku tak suka kenderaan2 ini ada di sebelah. aku takutttt!! haa.. ni kelemahan aku lagi. selain dari fobia ngan air yang banyak2 and tak nampak dasar. huhu.. aittt.. jangan gelak. :p ermm.. mama da taw da, kalau nak lalu celah2 bas, mesti, aku tarik tangan die then kaki tak gerak. sampai die kena tarik2 aku then aku mesti jalan rapat2 ngan mama. huhu.. dulu la.. skang berlagak cool tapi takut. hahaha! part yang aku takut, tayar. siyes. whole family tahu ni kelemahan aku. selalu je kena perli ngan adik ak. demmm.. =.=" tak kire la aku dalam kete pn aku takut kalau ad lori besar2 kat tepi. ingat lagi time kecik2 dulu, g mengaji, aku kena lalu jalan besar nk g umah Arwah Tok Ngah. then, jalan kampung tu lurus.. memang nampak la kenderaan yang datang tu.. masa tu lak, ramai plak orang kampung tu jual pasir kat tanah diorang kan.. (time tu la korang nak jual pn.!)  banyak la lori tanah kuar masuk. so, aku ni mata cerah, aku nampak je merah2 dari jauh tu, aku da taw da tu lori tanah! musuh ketat aku atas jalanraya. hohohoho.. kalau time tu aku ade separuh jalan lagi either nak sampai umah tokwan or umah arwah tok ngah, aku mesti jerit kat adik aku, "cepat! cepat! lari la..!! lori! " (ade la 100m ke 150m cmtu la jarak. perrgghhh..) then lari laju2 cam nmpak keta kebal askar nak perang je.. =.="(sekali ngan adik aku kena lari. da la dia chubby dulu2 time kecik, syomel je bila aku teringat tengok die lari. terkedek2 cam itik angsa .. wahahaha! err.. walaupun berlari, aku pentingkan adik aku. kakak mithali kan.. die mesti di depan aku. hehehe..). sampai umah tokwan, tercungap2, tokwan tanya, "pasaipa?" ngan pendek n ringkas jawab, " lori." tokwan mesti wat muka bosan. dalam ati, pelik cucu aku sorang ni. =.=" haha! err.. time aku g mengaji Iqra' kat umah Tokcik lagi beshh.. aku nek beskal, janji ngan anak kawan abah time kecik2 dlu. kalau aku nampak je lori, aku kayuh beskal bukan atas line putih jalan tu da.. aku kayuh atas rumput tepi jalan tuh! kadang2 aku berhenti trus, masuk sedalam2 yang boleh kat semak tepi jalan tuh.. xpn, laman umah makcik2 mana. nasib la.. mana yang terdekat. lalalalala~  gile. aku memang fobia and takut gile ngan kenderaan besar ni. hahaha! sampai skang aku takut. bas aku tak takut sangat, just tak suka lalu kat tepi enjin tu and tayar je.. tapiii... lori.. ishhh.. memang takut a.. ngeri. huhu.. pelik kan aku? hahaha!
ok tu selingan. balik ke cite cendol ni.. alkisah bermula apabila si kiah tiba2 tanya mana leh dapat cendol pulut, tetiba teringin. so, si timah yang memang expert kawasan Changlun ni pn bersuara dengan bangganya, "aku taw! aku taw!"
*sambil terlompat2 angkat2 tangan. hahaha! kidding. mampus die wat camtu, aku blah slow2 je dari situ, buat2 tak kenal. lalalalala~
so, dapat la makan cendol pulut semalam.. sedapnyeee...~~ sangat suka. hehe.. aku ngan Kiah makan cendol pulut ngan laksa. urgghhhh.. combination favorite ni.. kalau kat penang, selalu ngan ABC. kalau kat laksa janggus la.. *da lama tak lepak makan laksa kat laksa janggus. huhu.. yang si Senah and Timah lak makan nasi goreng ngan cendol pulut gak. tapi tak boleh belah betul topik perbincangan time makan semalam. well, Girlss... Aku bangga siaalll ngan korang semalam. hahahahaha! dari isu tak puas ati naik sampai ke politik bersembang. hahahaha! terbaik! 1st time GBS begini. hahahaha! sambil makan plak tu.. selalunye gosip2 panas, tak pun isu2 GBS je.. hahaha! makan punya makan, sembang punya sembang, last2 si kiah yang sedar, da dekat kul 9. bas kul 9 la.. alamak! makan cepat-cepat.. err.. makan malam, dari nak jimat da jadi terlebih belanja plak. adehhh.. nak kena bajet a sampai 22hb. adehhh.. takpe2.. aku da biasa. mesti boleh punye.. *sambil korek2 tabung.
ok. tu je nak update. saje nak update ni sbb da tinggal lagi seminggu je lebih kurang untuk bersama-sama kamoo- kamoo semua yang saya amat sayangi!! korang.. aku sedih taw tak.. dari semalam sebenarnye aku da rasa sedih sebab da lama kite tak lepak kat luar camtu kan.. korang perasan tak? lepak kat mall tu lain la.. aku maksudkan luar UUM. si senah nak g makan kat Kuala Perlis, aku kalau boleh memang nak bawak ko senah. nak g makan-makan, lepak-lepak, amik-amik gambar kat port yang nampak pulau kenangan eh, pulau Langkawi tu.. waaaaa! memang nak sangat-sangat Chik Senah nak bawak kamoo. tapi, apekan daya Ucu Bedah.. cam susah je nak realisasikan.. huhu.. tak terkejar ngan masa. huhu..
ok la.. (sambil kesat air mata ngan kain selimut.) tu je entry kali ni.. see ya on the next post k..

before that, ni picca- picca kami. hehe.. bse la.. GBS kn suka amik gambar.. so, bse la kalau ade gambar tiap2 kali kami bersama. :)
 ni makan malam semalam. hehehehehe.. yg penting cendol tu ye.. :D
Karok!! kami suka! yeyeaaay!! :D

 duet terbaik. hahahahahaha!

 gelap la plak.. Senah and Timah, ibu ayam  tunjuk tempat makan. :D

 me yg comot. simple and without makeup. weeeeee~~ :)

muka bosan cik jie tunggu makan. hehe..

ChocolatTeddyBear said..
lepas ni da susah nak lepak camni lagi da. masing2 akan ade haluan masing-masing. maybe dapat kumpul ramai-ramai time kawen masing-masing kot. hehe.. korang.. time aku kawen nanti, amik cuti selama seminggu sebelum majlis aku taw. korang nak taw nape? sebab korang kan pari-pari aku kat majlis t. so, korang kena hadir. wajib! selain tu, aku nak spend time ngan korang puas-puas sebab tu je masa yang ad. da kawen, susah da kecuali kalau future hubby aku sporting abis and bagi aku lepak2 ngan korang lagi la kan.. tu korang kena tanya future hubby aku nanti la.. hahahaha! errr.. cakap macam da nak kawen je aku ni.. hahaha! ok la. dah.. dah.. fullstop.
 .: Sealed With Hugs And Kissed :

Tuesday, May 17, 2011

Holla Peeps!

semalam, jadi escort untuk kali kedua and maybe terakhir kalinya mengikut roomate ak kuar dating. err.. dating? hahaha! ok. die kuar pn bkn ngan orang lain.. sepupu gua jugak. ekekekekekek~ :D suke la tengok diorang berdua. sesuai and serasi je. tapi tu la.. hmm.. xnk cakap pe2.. :X
*smbil seal my lips from talking more.
ok. abang pg sampai dalam kul 10.30pagi la. (wahhh.. kali ni awal taw. ngam2 ckup time ak siap. ekekekek~ rumet ak? awal lagi da siap. lalalalala~ ) first place kteorang g, Padang Besar coz abang Pg nk beli some stuff. ok then.. ak ikot je. takkn nak demand kn.. ni outing diorang la. haha! ak senyap je kat belakang. biar diorang berdua je sembang2. hehe.. (ikut ckap mama dowhh.. jangan kacau daun. lalalala~) pas menghabiskan masa tawaf kat padang Besar tu, kiteorang lunch. of course la abang Pg belanja kn.. hehe.. pastu, decide nak g mne plak. so, abang Pg bawak g Kangar, ronda2 and g solat Zohor kat Masjid Kangar. heeeee~ :) then, continue pusing2 situ, abang pg cite2 sal die dulu time dok kat Kangar. tunjuk sekolah lame die kat Anis, tunjuk tempat keje maklang dulu pe semua.. ak senyap je kt blakang mesej ngan Putera Katak. opppsss..
then, g kuala perlis. abang pg bawak g ronda kat umah lame die. haahaha! teringat time dulu2 lepak umah maklang. ak plak bukak cite kat abang pg sal kiteorang kna kejar anjing time nek beskal dulu. hahahahaha! kelakar dowhhh.. :D best plak ingat kenangan2 dulu kn.. :P pastu, saje2 pusing.. then abang Pg beli mempelam harum manis. :D round Arau. sesaje galak. then, maklang call. (sumpah. seb bek ak angkat. ak lupa number baru maklang dalam hp yang ak pkai skang tak de! =.=") maklang call ak sbb call abg pg, die tak angkat. hahahaha! mana tak nye.. GPS die pn die letak dalam drawer tu haa.. handphone idak le ak taw die lempar ne plak. haha!
after that, g Jitra. abang Pg ckp nak cari almari yg kain tu kan.. kiteorang ikot je.. hehe.. eh, slap. ak ikot je. :D sebenarnye.. kteorang nak tgok wayang. wahahahaha! cite ape? cite KonGsi. yeyeaahhhhh!! fuhh.. selling fast beb... setiap time selling fast. seb bek still ad sit yang available untuk waktu terdekat. heeee~ tapi lame gak a nak tunggu time tu. huhu.. =.="

ok. story sal cite kongsi tuh.. best la.. ak suka sbb ade Sam. weeewwiittttt..~ ak minat die dari mula2 tgok die berlakon time kecik2 dulu. hehehe.. ak da mula adore die time tu. :D then, die ngan MOB (ala.. group rappers yg rap laju2 tu.. tw x? tw x? :D ) M.O.B la grup diorang klu tak silap ak.. coz ad lagu diorang dlm phat family punye album. huhu.. da lupe a.. bpe thun lepas da kot.. huhu.. along with Teh Tarik Crew, Muchachaz and etc. ok. tu cte lame. abaikan. hehe.. tu time ak lyan hip hop dlu. skang tak de dah.. tak de dah.. lalalalala~

-case close- 
*ak ad cassette Phat Family ni and semua koleksi Too Phat. masih disimpan dengan baik. :)
ok. balik ke cite asal. okeyh.. dari mula start cite tu, da kelakar da. err.. panggung kat JM ni tak macam GSC so, agak lain ak rasa bile xde iklan "no piracy" tu. hahaha! nak taw sbb pe? sbb pas je iklan2 sal movie2 akan datang, trus masuk movie tu. (ak yg tgh reply msg pn cam, "eh, da mula upanya?" ) well, ak taknak wat review sal movie ni. nak taw, g tengok seniri!! hahahaha! pe2 pn, best la.. tak bleh blah otai gangters geng melayu tu upanye Pi'e. wahahahahahaha! :D
*sebabkn seat agak depan and duduk hujung ke dalam, so, ak menyengetkan badan sikit and akibatnye, ak sakit kepala sikit semalam. ok. choice seat ak yang wat. my bad. demm.. ak mmg failed bab seat. huhu.. cr seat pn ak failed. so, sesape yg g tengok wayang ngan ak, maap le atas kekurangan saye yg 1 itu ye.. :D
on the way balik, terbongkar rahsia yang rumet ak tu la first time masuk panggung wayang. ekekekekekekek~ adehhh.. baru ak taw.. tu pn masa dalam kete, abang pg tanya die. hehe.. xpela rumet, kire experience la.. so rumet, 1st experience masuk cinema, 1st movie adalah kongsi. yeahhhh!! :D da sampai  Kachi, pas bye2 abang pg, kiteorang naik bilik. letih la gak. tapi ak energetic je. :D message mama, hantar report, da sampai bilik and bla.. bla.. bla.. haha!
well, tu je la kot nak update. wahahahaha! semalam enjoy, arini study. ok? hehe.. paper lambat lagi. about sending my little sista tu.. mama came out with a solution and crazy idea.. i'm going back on 22nd then tomorrow tu, on 23rd, datang balik ngan mama n abah. nice. terbaik punye idea. buang rm20 kot jalan. terbaik!! means.. ak kna budget my money from now la kn.. if not, "mama.. can u plisshhh transfer some money to my maybank account?" so, i can withdraw kat Shahab on 22nd tu. ad ATM maybank kn.. kn.. hik2! ok. 22nd balik penang ngan melenggang kangkung. memang besh.. bpe jam je kat Penang. terbaik btoi la.. =.="
well, till then, daaaa~



ChocolatTeddyBear Said...
sebabkan 22hb bru leh jumpa lecturer, ak terlepas peluang nak g tengok Pirates Of The Caribbean : on the stranger tides on 19th May!!click! isshhhhh... plan da baik punye nk booking online segala.. da kna change plan. =.=" menci! menci! huhu.. tp xpela.. yang ni lebih penting. lagipun, ni la masanya ak nak menghabiskan sisa2 menikmati keindahan dan menghirup udara segar di Kachi ni.. (bluweeeekkksss!!) pe2 hal pn.. ak just nak cakap, "abang Jony tggu kite ye.. kte janji akn catch up ngan abg jony kat cinema A.S.A.P afta kite da abis exam and kite da jejak kaki kat "Pearl Of The Orient" t ye.. abg jony tunggu kite taw!! :p


.: Sealed With Hugs And Kissed :.



Tuesday, May 3, 2011

Jikalau aku~

Sebelum aku membalas lamaran cintamu
Aku perlu tahu benar kamu jujur

Kerana aku pernah terasa tertipu
Dengan janji palsu teman terdahulu

Jikalau aku memberikan sepenuh jiwa
Yakinkanlah kau kan setia
Hanya ku kau sayang siang dan malam


Jikalau kamu mahu ke peringkat seterusnya
Tunaikanlah apa ku pinta itu semua perlu

Jikalau aku menyintamu

Sebelum itu jumpalah orang tuaku
Minta izin dulu agar mereka restu
Jangan pula nanti
Kau mula terasa jemu
Fikir betul-betul sebelum kita bermula
Dalam kita ada dua
Kau dan aku jadi satu
Jika benar-benar mahu
Buktikan dahulu cintamu

Jikalau aku menyintamu
Jikalau aku

-Jikalau aku by Ezlynn.

p/s : baca and fahami especially yg BOLD and RED tu. :)






ChocolatTeddyBear said...
no komen.




.: Sealed With Hugs And Kissed :. 

Monday, May 2, 2011

MyGirls!

" As We Go On, We Remember.. All The Times We Had Together. And As Our Lives Change From Whatever, We Will Still Be Friends Forever."
-Graduation By Vitamin C.

Holla Peeps!

atas tu quotation chorus from lagu Garduation By Vitamin C. ok. lagu ni favorite ak dari dulu. since, ak and kawan2 ak da nak abis belajar kat UUM terchenta tu.. [siyes. ikhlas ak ckp, ak mmg sayang UUM tu. walaupun mulut kate benci, tp hati kate sayang. :) ]

perkara paling ak akan ingati sampai bila2, ade kawan2 yang sangat rapat. GBS @ MY GIRLS. jujur ak akui, mereka2 inilah yang menceriakan hari2 ak kat UUM tu. walaupun kenal tak lama, tapi kami senang rapat. macam da kenal lama. well, bak kata mat saleh, maybe kiteorang ade chemistry. kiteorang boleh terima and adapt diri masing-masing. 

GBS ni tertubuh masa semester ke 4, January 2010. camne leh lekat nama GBS ni? hahaha! korang semua taw kan GBS tu singkatan from Geng Bas Sekolah kn? yang on air kat Astro Ceria tu kn.. hehe.. kiteorang tak plan pn nak kekalkan nama GBS ni utk team kiteorang ni tapi entah macam mana leh melekat lak. tapi kiteorang da tukar jadik Geng Bising Sedunia. hehehe.. 
*thanx to Tira, ahli GBS br yg direkrut sbb bg nma yang sangat comel ini.. :)

balik ke sejarah penubuhan GBS tu.. hmm, kiteorang kenal time daftar untuk kelas Perancis I. time tu, ak tak kenal wani and azi. ak taw diorang tapi tak pernah bercakap. ct jijah and eera memang kenal diorang. FYI, kiteorang memang dari from different background. Eera a.k.a Mak.. die memang sorang2. mak memang seorang yang independant. 
*ak paling banyak terhutang budi ngan mak coz mak ajar ak berdikari. jadi independent. survive walaupun sorang2. thanx Mak!! 
Ct Jijah.. pn same gak. sorang2 gak. pendiam. ak kenal and rapat ngan die sebab mak yang wat kiteorang rapat and mak yang kenalkan kiteorang. masa sem 3. :D wanii and azi.. diorang memang berdua. dari sem 1. knal masa orientasi. hehe.. ak? ak mase kenal diorang, ak memulakan sem tu tanpa what they called, geng. ak just ad Mak je time tu. and... arwah yana. tu je la. most of the time, ak sorang2 je. hehe..
then, masa baru2 kenal tu, kiteorang sembang2 and melawak2 time tu. memang cam da kenal lama especially ak ngan diorang la.. hahaha! ok. then, da masuk kelas, memandangkan kiteorang je dak IntAff dalam kelas tu, so kiteorang memang rapat la.. pastu, plan g Penang wat trip jalan2. Eera plak ajak lepak umah die. so, kiteorang sewa kete and g sane. time tu, "Rombongan Cik Intan ke Penang" [memandangkan ak je driver tunggal GBS time tu.. huhu.. ] time ni la kiteorang sebut geng bas sekolah. hehe..

after that, banyak lagi aktiviti and waktu diluangkan bersama. sejak tu la, kiteorang stick together till now under GBS. :) we shared idea. kiteorang same2 realisasikan idea2 tu. we support each others. :D sebab tu la, kalau nak ikutkan gambar2 ak ngan diorang memang banyak. GBS ni memang suka bergambar kan.. :D folder memang banyak untuk aktiviti2 kiteorang tu. hehe.. 

aku sayang diorang sebab diorang sentiasa ad untuk ak walau dalam apa pun keadaan. orang cakap, kawan untuk bersuka ria ramai, tapi kawan ketika susah, bleh kire ngan jari and kawan yang akan ad untuk kite tak kira apa pn keadaan kite, susah dicari. tapi ak bersyukur sebab ak dapat kawan2 yang susah senang bersama. bila ad masalah, diorang ad and akan tolong sampai selesai. we helped each others. we cares each others. sebab tu ak sayang korang ketat-ketat!! mmmmmuuuuuuaaaaaaahhhhhhhhhxxxxxxxx!!

sekarang da nak abis belajar. korang taw tak, kadang2 ak terfikir, kenapa Allah tak temukan ak ngan korang dari Semester satu? kenapa kita tak kenal and rapat dari mula2 masuk? hehe.. tapi, Ak bersyukur sangat2 sebab ak dapat korang at last! ak hope sangat friendship kite lasting forever! kalau ak tak kenal korang dulu,  mesti bosan kan kehidupan ak kat UUM tu. :) selain dari monyet-monyet kat kachi tu, korang la 'monyet-monyet' lain yg menceriakan hidup ak and yang bertanggungjawab jadikan hidup ak headpening and happy! walaupun persahabatan kite baru setahun lebih, tapi ak harap semua ni berpanjangan sampai bila2. kite memang true friends. sebab tu, kalau diberi pilihan memilih samada korang atau orang lain, ak tetap akan pilih korang sebagai kawan2 ak. :)

OurTrueFriendshipWillNeverCeased!




ChocolatTeddyBear said...
Friendship marks a life even more deeply than love. Love risks degenerating into obsession, friendship is never anything but sharing. - Elie Wiesel 
I Love U Olls Damn Much!! :D



.: Sealed With Hugs And Kissed :.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...